KalkulatorPCB

Akta Kerja 1955 · Seksyen 60, 60A, 60D, 60I

Cara Kira OT dan Kalkulator Kerja Lebih Masa

Cara kira OT: kadar sejam = gaji bulanan ÷ 26 ÷ jam kerja normal sehari. OT hari biasa dibayar 1.5 kali kadar sejam, OT hari rehat 2 kali, dan OT hari cuti umum 3 kali. Gaji RM2,600 dengan 8 jam sehari bermakna RM12.50 sejam, jadi 10 jam OT pada hari biasa = RM187.50.

Oleh Edwin TanDikemas kini

Undang-undang: Akta Kerja 1955 (Akta 265) seperti dipinda oleh Akta A1651, berkuat kuasa 1 Januari 2023. Terpakai di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan.

Kira bayaran OT anda

Gaji pokok dan bayaran tunai lain untuk kerja. Jangan masukkan elaun perjalanan, bonus tahunan atau OT bulan lepas.
Ikut kontrak, tidak termasuk waktu rehat. Contoh: 8 atau 7.5.
Campur semua jam OT hari biasa bulan ini. Contoh: 2 jam sehari selama 20 hari = 40.

Untuk hari rehat dan cuti umum, masukkan semua jam yang anda kerja pada hari itu. Kalkulator asingkan jam normal dan jam OT. Kalau jam berbeza setiap hari, kira hari-hari itu satu per satu.


Jumlah bayaran

RM187.50

Kadar gaji biasa (ORP) sehari100.00
Kadar sejam (HRP)12.50

OT hari biasa 10 jam × 1.5 × HRP187.50

Anggaran ikut kadar minimum Akta Kerja 1955. Kontrak atau perjanjian kolektif boleh beri kadar lebih tinggi. OT kena PCB, PERKESO dan SIP, tetapi tidak kena KWSP.

Untuk gaji bersih, masukkan jumlah ini di ruangan "OT bulan ini". Buka kalkulator gaji bersih.

Formula OT: kadar gaji biasa (ORP) dan kadar sejam (HRP)

Semua kiraan bermula dengan kadar gaji biasa sehari, atau ORP (ordinary rate of pay). Seksyen 60I Akta Kerja tetapkan cara kiranya ikut jenis gaji:

Jenis gajiORP (sehari)
BulananGaji sebulan ÷ 26
MingguanGaji seminggu ÷ 6
Harian, ikut jam atau ikut unit kerjaJumlah upah tempoh gaji sebelumnya ÷ bilangan hari sebenar bekerja

Kadar sejam (HRP) = ORP ÷ jam kerja normal sehari

"Gaji" di sini ialah upah ikut seksyen 2: gaji pokok dan bayaran tunai lain untuk kerja. Elaun perjalanan, bonus tahunan, caruman majikan kepada KWSP, ganjaran semasa berhenti atau bersara, dan nilai kemudahan seperti tempat tinggal tidak dikira. Majikan boleh guna formula lain asalkan hasilnya tidak lebih rendah.

Syarikat yang kurangkan waktu kerja ke 7.5 jam sehari untuk patuh had 45 jam seminggu? Bahagi dengan 7.5. Gaji RM2,600: RM100 ÷ 7.5 = RM13.33 sejam, jadi OT hari biasa RM20.00 sejam.

Kadar OT 1.5x, 2x dan 3x

Bila bekerjaDalam jam normalMelebihi jam normal
Hari bekerja biasaGaji biasa1.5 × HRP sejam s.60A(3)(a)
Hari rehat, gaji bulanan atau mingguanSeparuh jam normal atau kurang: ½ hari gaji. Lebih separuh: 1 hari gaji. s.60(3)(b)2 × HRP sejam s.60(3)(c)
Hari rehat, gaji harian atau ikut jamSeparuh jam normal atau kurang: 1 hari gaji. Lebih separuh: 2 hari gaji. s.60(3)(a)2 × HRP sejam s.60(3)(c)
Hari cuti umum bergaji2 hari gaji di atas gaji cuti, walaupun kerja kurang daripada jam normal. s.60D(3)(a)(i)3 × HRP sejam s.60D(3)(aa)

Pekerja yang dibayar ikut unit (kadar per keping) dapat dua kali kadar sekeping pada hari rehat dan hari cuti umum, dan tiga kali kadar sekeping untuk kerja melebihi jam normal pada hari cuti umum.

Cara kira OT hari rehat

Contoh: gaji bulanan RM2,600, 8 jam normal sehari (ORP RM100, HRP RM12.50), dan anda kerja 10 jam pada hari rehat.

  1. 8 jam pertama melebihi separuh jam normal, jadi dapat 1 hari gaji: RM100.
  2. 2 jam selebihnya ialah OT hari rehat: 2 × RM12.50 × 2 jam = RM50.
  3. Jumlah: RM150.

Kalau kerja 4 jam sahaja (separuh jam normal), bayarannya ½ hari gaji, iaitu RM50. Pekerja bergaji harian dapat dua kali ganda untuk jam normal: 1 hari gaji untuk separuh jam normal atau kurang, 2 hari gaji jika lebih.

Cara kira OT hari cuti umum

Dengan gaji yang sama, kerja 10 jam pada hari cuti umum memberi 2 hari gaji (RM200) untuk jam normal, tambah OT 3 × RM12.50 × 2 jam = RM75. Jumlah RM275, dan ini di atas gaji cuti. Pekerja bergaji bulanan dianggap sudah terima gaji cuti melalui gaji bulanan yang tidak dipotong.

Setiap pekerja berhak 11 hari cuti umum bergaji setahun. Lima daripadanya wajib: Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Raja atau Yang di-Pertua Negeri (atau Hari Wilayah Persekutuan), Hari Pekerja dan Hari Malaysia. Cuti umum yang jatuh pada hari rehat diganti dengan hari bekerja berikutnya.

Siapa layak bayaran OT? Had gaji RM4,000

Sejak 1 Januari 2023, Akta Kerja meliputi semua pekerja sektor swasta yang ada kontrak perkhidmatan, tanpa mengira gaji. Tapi bayaran OT, hari rehat dan cuti umum ada had tersendiri dalam Jadual Pertama:

  • Gaji melebihi RM4,000 sebulan: seksyen 60(3), 60A(3), 60C(2A), 60D(3), 60D(4) dan 60J tidak terpakai. Maksudnya tiada hak statutori untuk bayaran OT, kerja hari rehat, kerja hari cuti umum dan faedah penamatan.
  • Untuk ujian RM4,000 ini, gaji tidak termasuk komisen, elaun sara hidup dan bayaran OT.
  • Tanpa mengira gaji, peruntukan OT tetap terpakai kepada buruh manual (termasuk artisan dan perantis, atau sesiapa yang buat kerja manual lebih separuh masa kerjanya), pemandu atau penyelenggara kenderaan penumpang atau barang, dan penyelia pekerja manual.
  • Anak kapal yang bekerja di kapal berdaftar Malaysia tidak diliputi Bahagian XII (hari rehat, waktu kerja, cuti), jadi tiada kadar OT statutori.
  • Pekerja domestik dikecualikan daripada seksyen 60, 60A, 60D dan 60I.

Soalan lazim JTKSM tentang pindaan 2022 meringkaskannya begini: pekerja bergaji melebihi RM4,000 sebulan (kecuali pekerja manual) tidak layak mendapat bayaran kerja lebih masa, bayaran kerja pada hari rehat, bayaran kerja pada hari kelepasan am dan faedah penamatan. Kalau Akta tidak mewajibkannya, semak kontrak kerja atau buku panduan syarikat, kerana kontrak boleh tetap memberi bayaran OT.

Had waktu kerja: 8 jam sehari, 45 jam seminggu

Seksyen 60A(1) tidak membenarkan kontrak yang mewajibkan pekerja bekerja:

  • lebih 5 jam berturut-turut tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit;
  • lebih 8 jam sehari;
  • dalam tempoh lebih 10 jam sehari dari mula hingga tamat kerja (spread-over);
  • lebih 45 jam seminggu.

OT ialah jam kerja yang melebihi jam normal sehari. Jika kerja berterusan selepas tempoh 10 jam itu, semua masa selepasnya dikira OT. Kecuali dalam keadaan tertentu seperti kemalangan, kerja penting untuk masyarakat atau kerosakan mesin yang mendesak, tiada pekerja boleh diminta bekerja lebih 12 jam sehari.

Menurut JTKSM, had 45 jam tidak termasuk waktu rehat yang pekerja bebas gunakan, dan majikan tidak boleh memotong gaji kerana waktu kerja dikurangkan dari 48 ke 45 jam.

OT kena KWSP, PERKESO dan PCB?

PotonganAtas bayaran OT?
KWSPTidak. Tapi bayaran kerja hari rehat atau cuti umum yang bukan OT kena caruman (soalan lazim KWSP).
PERKESO dan SIPYa. Takrif gaji dalam Akta 4 dan Akta 800 termasuk bayaran OT dan kerja hari cuti.
PCBYa. OT ialah pendapatan bercukai dan masuk dalam gaji bulan dibayar.

Untuk lihat kesan OT pada gaji bersih, masukkan jumlahnya dalam kalkulator PCB dan gaji bersih. Baris caruman yang berkaitan ada di jadual caruman KWSP, PERKESO dan SIP.

Sabah, Sarawak dan Labuan

Akta Kerja 1955 terpakai di Semenanjung Malaysia dan dilanjutkan ke WP Labuan. Sabah menggunakan Ordinan Buruh (Sabah) Bab 67 dan Sarawak menggunakan Ordinan Buruh (Sarawak) Bab 76. Kalkulator ini ikut Akta 265 sahaja, jadi pekerja di Sabah dan Sarawak perlu merujuk ordinan negeri masing-masing.

JTKSM juga ada kalkulator bayaran kerja lebih masa untuk pekerja bergaji bulanan. Kalkulator itu kira jam OT pada kadar 1.5, 2.0 dan 3.0 sahaja, tanpa bayaran hari rehat dan cuti umum dalam jam normal. Teks penuh Akta ada di laman JTKSM (PDF).

IN ENGLISH

OT calculator Malaysia: overtime rates under the Employment Act

The OT calculator above uses the Employment Act 1955 formula: hourly rate = monthly salary ÷ 26 ÷ normal daily hours. The overtime rate is 1.5 times that on a normal working day, 2 times on a rest day and 3 times on a public holiday. Work on a rest day or public holiday within normal hours earns day-rate pay (half a day, one day or two days' wages).

These rates are compulsory for employees earning up to RM4,000 a month, and for manual workers, drivers or vehicle mechanics and supervisors of manual workers at any wage. Domestic employees and the crew of Malaysian-registered vessels are outside these provisions. The Act covers Peninsular Malaysia and Labuan.